Sunday, February 26, 2012

Congrats Abangku!!!

Dulu saya selalu teringin nak ada kakak/adik perempuan. Maklumlahhh anak perempuan seorang, yang lain semua lelaki.

Tapi sekarang....akhirnyaaa saya dapat seorang kakak!!!
Alhamdulillahhhh, Welcome to the family Kak Aishah!
\(^_^)/

Buat abg & kakak, semoga bahagia sampai syurga.
Susah & senang, pastikan sentiasa bersama ya :)




comel je kan bersanding atas buaian ;)


Tempat perkahwinan yang sangat menarik, tenang dan penuh dengan elemen semulajadi : Sangkot


p/s: Jemput datang majlis abg saya di rumah kami 4March ni .

Friday, February 17, 2012

Salah satu sebab kenapa saya tak suka kerja shift...

ialah,

selepas kerja malam (a.k.a tak tidur di malam hari), mesti terbawa-bawa 'tak tidur malam' tu pada hari-hari yang sepatutnya kena tidur malam.

sigh..
tersiksa tau tak?

saya nak ubat tidur,sekarang juga!

Thursday, February 16, 2012

Sorry...

seems to be the hardest word?

Tuesday, February 14, 2012

eh?

9++pm, di luar rumah...

Saya baru keluar rumah untuk pergi kerja. Kebetulan, cik sepupu baru balik kerja.
Saya pun tegur dia : "Hai xxx baru balik kerja keee? Kita baru nak pergi kerja"
Cik Sepupu pun jawab : "A'ah baru balik..Ko tu yang pelik, orang balik, ko baru nak pergi kerja"

Thursday, February 09, 2012

1 juta money drop!

Jom ambil masa untuk fikir sekejap ;

-Pernah tak bayangkan apa yang kita akan jadi 5 tahun akan datang?
10 tahun akan datang? dan seterusnya?

-Apa yang kita nak capai dalam tempoh 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun akan datang?

-Kalau ada sesuatu yang nak dicapai, apa usaha kita untuk capai apa yang diidamkan?

hmmmm...


***

Saya akui saya ni selalunya lebih berfikir sesuatu untuk jangka masa pendek.
Contoh paling mudah : bila ada soalan karangan macam zaman sekolah dulu,"Kalau anda ada 1 juta ringgit, apa yang akan anda lakukan?"
Cepat je saya jawab : "Saya nak beli rumah!(disebabkan sekarang saya mahukan rumah,,,,, cepat je jawab tanpa fikirkan selepas saya dah beli rumah yang best, duit 1 juta tu akan habis)",
berbeza dengan jawapan orang lain yang mungkin akan jawab begini :"Saya nak derma blablablaa, nak tubuhkan yayasan/nak labur dulu duit..supaya insyaAllah dapat pulangan yang lebih...

:)

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kan kannn?

hmmm tapi 1 juta tu tak banyak pun sebenarnyaaaa.
*terbayang 1juta money drop pulak,hahaha!*


p/s : Saya suka bila saya ada satu puzzle yang tak complete;kepingan itu hilang entah ke mana, dan datang seseorang membawa kepingan yang hilang itu kepada saya, menjadikan puzzle saya COMPLETE :)

Sunday, February 05, 2012

Terukir di bintang



ye, saya memang suka yuna.


p/s : Salam Maulidul Rasul.
Selamat bercuti...wuuu jeles jelesss.Disebabkan saya dah mula kerja shift semula,,dah jadi orang tak normal, so tak cutiiiiii.

Saturday, February 04, 2012

mutiplechoicequestion

Biasanya, kalau rakan di sebelah anda gembira, mesti anda akan tumpang gembira kan? (^_^)

Tapi, kalau rakan di sebelah anda bersedih, adakah anda akan :
A - Sedih ?
B - Sedih 2x ganda ?
C - Cuba buat dia gembira ?
D - Buat tak tau je ?