Tuesday, November 24, 2009

Good luck dear

Wish u all the best!
:)

Tuesday, November 17, 2009

You're Beautiful


hadoi..nampaknya dah terjebak dengan You're Beautiful ni...
keh keh keh tak sabar nak tengok episod 13.

Kesian Shin Woo. wuwuwuw.
dan the way TK confess pelik tapi cute. hihi :D
Jeremy? olololooo.hihihi

Monday, November 16, 2009

kebahagiaan sebenar

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya (Yusuf al-Qardawi)



Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya ( surah Ar-Ra'd :29)

Sunday, November 15, 2009

weekend.....

Fatin n Fazana teringin sangat nak pergi sungai...

So sabtu lepas kami pergi sungai Congkak!
picnic mandi-manda sempena belated birthday Mama dan Fazana :)
Mama - 10 Nov
Fazana - 12 Nov

eh anyway siapa fatin? siapa fazana?
heheee diorang ni 'cucu' mama. hihihi :D

Kami ( C Fidah, C Zainab, Adek, Pacek, Mama, Fatin, Fazana, Ayu n K Aishah) bertolak dari rumah pagi. Sampai sana cuaca redup. sejuk!

Tengok laaa si Fazana ni excited sangat tengok sungai!


Bila sampai, terus mandi manda.hihi dan tak lupa juga makan-makan (waktu hujan sekejap).
C Fidan n C Zainab masak ketam masak lemak n sambal udang sangat sedappp! thumbs up! :D

Ha ni laa dia nenek dan 'cucu' nya :D
hihi

Dalam pukul 1, kami pun bertolak balik sebab abang saya ada hal la pulak. Seronok juga ke sungai congkak ni, lagi-lagi dengan si kenit 2 orang tu. ha ha ha :D

Anyway, to C Fidah n C Zainab.. gambar-gambar lain saya tak dapat lagi.kena minta kat Shafiq ye,mungkin dia da dapat dari kak Aishah :)



Ahad pula..hi tea kat hotel gelombang biru :p hihi jamuan prefect samttaj.
Makanan variety dan sedaaapp!! :)


Sekali lagi duduk semeja dengan si kenit Fatin da Fazana.
oke ini fatin~ dia pakai scarf yang saya bagi. so cute ada bunga-bunga!

Itu je laa aktiviti weekend. Lepas tu terus balik ke Melaka dengan si adek manja.

Maka bermulalah week 4 yang agak full dengan exam midterm,presentation ITP,lab report dan FYP!
huh semuanya tak siap lagi.
Good Luck!
:)

Thursday, November 12, 2009

novemberRain

Situasi: pandu kereta.

Hah sebelum ni hujan renyai-renyai, masih boleh la nampak lagi. Tapi tadi hujan yang lebat. adohhai susah pulak nak nampak jalan.

Esok nak balik Shah Alam. kang dibuatnya hujan lebat tengah highway tu, lagi la payah..
Nampaknya kena tukar wiper kereta tu sebelum balik esok. sempat ke tak eh?

Btw, terima kasih la pada yang baik hati membengkokkan wiper myBi.
hehe :)

Wednesday, November 11, 2009

makanmakanmalam

Tomyam ayam+ daging masak kicap+ ikan goreng+ ikan terubuk masin goreng berlada+telur dadar.

Menu yang simple tapi serius sedap sampai boleh makan 3 kali tambah tau :p
Gigih ketua chef masak dengan penuh kasih sayang. TQ very much !


TQ pihak penganjur makan-makan santai bersama adik-adik usrah :D
saje-saje nak eratkan ukhuwah.ecewah!
~wapaa,anis,pikah~
iklan colgate ;p

Tak lupa juga kepada adik-adik yang sudi datang isi perut penuh-penuh :p

Selamat berkenalan ye cik adek nadia, fira,puteri, lina, zawani, ika,sumaiyah, atika, nana. Ye la sem lepas 1 sem saya membawa diri di perantauan HAHAHA :p tak dapat nak kenal diorang dulu.

memang banyak makan hari ini. lunch kat rumah NB. petang makan spageti kat rumah kak Faridah lepas usrah. malam pula makan tomyam kat ixora.
nice!
alhamdulillah murah rezeki :)


anyway, gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati.

hah ye lah suka hati.. sampaikan nak jalan balik rumah dari ixora pun tak larat nak bawa perut.
:p

bukan ayer keroh je yang keruh airnya :p

Baru cakap pasal ayer keroh hari ahad lepas.

Ni tadi, saya pergi rumah NB di Jasin.

Dia tanya.. 'Da, rumah kau air keruh tak? Rumah nenek ni kadang-kadang air keruh la daaaa.ni nenek dah siap tadah air yang bersih, kot-kot nanti air keruh aje'

Saya pun bagitau rumah saya pun airnya keruh kadang-kadang.

so apa lagi SAMB, ambil la tindakan.
SAMB luvhongki yang cun tu kata will look into this matter :p (rujuk komen ayer keroh)
hehehehee

Kali ini special sikit, masak ketam. yummyyyyy~ dan ayam :)
Esok kena curi masa pergi sana lagi sekejap, nak ambil ayam nakal yang nak disembelih pulak.

ok la bye, nak siap-siap ke usrah.

p/s: to darlingggg u know who u are,jangan risau...semua yang terjadi ada hikmah disebaliknya.kita boleh merancang,tp perancanganNya adalah yang terbaik. Allah tau apa yg terbaik utk kita. i know u will surviveee! go otago gooo :) tunggu tabung i penuh okay :p hehe

Tuesday, November 10, 2009

epi bday mama!

.pinky mode.


Mama, happy birthday!
yang ke-35 oppsss 53
:)

Semoga panjang umur, sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa dipermudahkan dalam segala hal, dan bahagia, berjaya di dunia dan akhirat.
insyaAllah.
eh dan yang paling penting, moga sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.
:D

i lebiuuuu so much!
tunggu kepulangan anakanda jumaat ini okayy :)
hihi hepi tua day :p

Sunday, November 08, 2009

ayer keroh

air paip ni warna-warni la.

kadang-kadang putih susu...
nasib saya tak minum susu

kadang-kadang coklat perang...
macam air teh ais

(tau la tinggal dekat ayer keroh)
:p



tapi kan kalau air paip tu boleh jadi warna pelangi, colourful pun cantik jugak eh?
oh boleh-boleh : pembiasan cahaya!
:)




anyway, rumah korang air bersih tak?

Thursday, November 05, 2009

jom buat rumah!


hahahahahahahaaaa.

pikah, kita nak buat rumah berapa bilik?
buat banyak tingkat lah. lepas tu toilet kat luar.
.
.
.
eh tu macam hostel je.
:p

eh eh eh tak tipu ni, memang nak buat rumah betul-betul.
adoyai.. doakan berjaya okayy :D
insyaAllah boleh. ameen :)

eh rumah setingkat pun da cukup bagus. tak penat turun naik tangga.

Wednesday, November 04, 2009

Goodnight, Beautiful

'Everyone has secrets... will this one break somebody's heart?'


Dah lamaaaa sangat tak post pasal buku-buku kan?
Mana hilangnya si ulat buku tu. eh ulat tak hilang pun, ada je di sebalik buku-buku. Cuba cari!
ha yang geli-geli dengan ulat tu, kena buat fear factor pandai-pandai la cari.

Saya ada baca buku Dorothy Komsoon yang sebelum ni : My Best Friend's Girl. memang best! Semalam saya beli Goodnight, Beautiful. Belum start baca sangat lagi. Weekend ni, maybe?

Nova Kumalisi would do anything for her closest friend, Mal Wacken. She owes him her life. So, when he asked her to be the surrogate mother for him and his wife, in spite of her fears about how it would alter their friendship, Nova agreed.

Eight years later, Nova is bringing up their son alone, and she and Mal don't speak. Months into the pregnancy, Mal's wife changed her mind about the surrogacy agreement. Already suspicious of how close Nova and Mal were, Stephanie realised her strained marriage was in serious trouble when she found a text from her husband to Nova, saying, 'Goodnight, Beautiful'. She asked Mal to cut all ties with his closest friend and unborn child.

Now, seven-year-old Leo is critically ill and Nova, despite her anger and hurt, wants Mal to have the chance to know his son before it’s too late. Will it take a tragedy to remind them how much they mean to each other?

source : http://www.waterstones.com/waterstonesweb/products/dorothy+koomson/goodnight2c+beautiful/6057704/

******

Saya suka membaca. Dari kecil mama memang selalu belikan buku. Kalau mama tak belikan pun, mesti saya merengek-rengek minta mama beli. kekeke. Eh tipu je. Saya budak baik, tak merengek-rengek pun (kan mama kan? yes yes :p)
Antara buku-buku awal yang saya baca masa umur 5-6tahun dulu; 25 Rasul yang kulit tebal tu. Sangat teruja nak baca dan habiskan!

Yeah walaupun saya suka membaca, tapi kurang suka bercerita.
Nanti macam mana da tua, bila cucu minta cerita bedtime story ke..

'Nenek, nenek... ceritalah kat kita apa-apa cerita yang besh..'
Takkan nak cakap.. 'Ah, kau baca la sendiri'
nanti cucu pun cakap.. 'Nenek ni tak sporting langsung'

agagaggagaa.
Ya, memang kecil-kecil dulu saya selalu baca sendiri je.
Tapi mestilah saya nak jadi mummy atau grandma yang sporting. awww :D

Tuesday, November 03, 2009

no no no :p

Saya tertidur lepas isyak.
Lepastu termimpi dikahwinkan dengan siapa tah saya pun tak kenal.

oh NO!