Esok dah Jumaat?
oh NO!!!
:(
Ahahaha. Amboi-amboi, dulu bukan main suka lagi kalau esok Jumaat, tak sabar tunggu weekend.Tapi sekarang, tak suka la pulok.
Tak suka.tak suka.tak suka.
Ye lah... da bersukaria honeymoon duduk rumah berbulan-bulan lamanya,tiba-tiba dah nak kena balik. Rasa sekejap sangat cuti 3 minggu ni. oh sooo sedih okay.
(tak boleh ke extend cuti pleaseeeee)
Erm tapi takpelah. Dah hampir tiba masanya kembali ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia.wow gempak je bunyi! saje nak bagi semangat untuk balik.hehehehe
Anyway minggu terakhir kat rumah ni sangat happy.Extra happy berbanding 2 minggu sebelumnya :)
Thanks semua!
***
Isnin lepas dapat jumpa Nenek Buruk,makan-makan kat Tangkak lepastu dapat baju kurung sepasang yeay!
Dapat juga bagi makan ayam-ayam. Ada satu ayam tu, nenek bagi nama ayam tu 'Ida'.warna putih. Ayam paling nakal sekali.hahaha. Saya suka ada ayam, boleh dapat banyak telur ayam kampung. Sedap buat telur separuh masak.nyummyyyy lepastu makan macam hantu raya.oh takutnya.
Isnin lepas je saya bawa balik hampir 30 biji telur ayam kampung dari rumah nenek buruk.maka sukalah abah dan saya boleh makan telur ayam kampung hampir setiap hari.

ayam lain menyorok pulak, malu-malu ayam. eleh malu-malu pun, boleh riuh sekampung.
Selasa petang pergi mendayung-dayung sampan kat Tasik Shah Alam ;p
Plan asal nak pergi jogging. Baru jogging sekerat jalan, tiba-tiba tergoda pulak nak berada di tengah-tengah tasik.hihi
Kalau kayak selalu boleh la tmbh muscle.

Oh yeah.Petang esoknya pergi picnic dan main squashhhhh~
:D

nah menu diet. huh tengok efek angin kat tudung tu.
Dah lama sangat tak main squash okeh. Bila main semula, best best best. Berpeluh satu badan. dan boleh bertmbh muscle lagi macam Nicol David. ha ha ha.

p/s : Nawwar n GFs di Melaka, nanti kita main kat Melaka jom!
Dan, aktiviti kemuncak siang tadi..jeng jeng jengggggg~
Bersukaria riadah mandi manda di Sungai Chilling!
Sungai Chilling ni dekat Kuala Kubu Bharu. OMG memang sangat cantik air terjun dia *terujaaaa*. Tapi nak sampai ke air terjun dia, kenalah jalan jauh sikit merentas lima sungai. Penat memang penat, tapi puas!

Tengok tu peta untuk sampai ke air terjunnya.
Seronok merentas sungai-sungai. Banyak ikan berenang-renang. Subhanallah!
Sambil-sambil tu boleh baling roti, bagi ikan makan. Confirm berebut-rebut ikan tu nak makanan. best bestttt. Ada orang tu siap nak tangkap ikan guna tangan. bole ke(?) haha memang tak boleh la kannnn :p
Setelah berjalan dalam 30min-1jam (bergantung pada kelajuan jalan kaki meredah hutan dan sungai masing-masing), sampailah ke air terjun.

Subhanallah!!!
Cantikkkkk.Tenang.Dengar bunyi air terjun. Ada banyak ikan. Bagi makan ikan.
Eh tapi dekat situ tak berapa best la nak mandi-manda sebab kawasan dia samada cetek atau dalam sangat (dalam 6-7 meter). Setakat main air sikit-sikit ok la.
Tapi abang saya ni huh, memang suka buat aksi terjun! Dalam ke tak dalam, peduli apa dia ;p

ikan tengas (?) kelaparan :

Oh ye, kami ada juga mandi-manda di sungai yang pertama sekali. ha kat situ best juga. tak cetek sangat dan tak dalam sangat. just nice. best.
Eh nak masuk juga gambar diri sendiri (jangan menyampah ye) :p

overall memang sangat seronok.
hari yang seronok.minggu yang seronok.
makin seronok, makin rasa tak nak balik melaka.
eh tak boleh ni, kena tukar kesimpulan lain.
makin seronok, makin rasa tenang nak balik melaka sebab dah nikmati hari-hari terakhir cuti dengan gembiranya!
okay yang ni baru betul :)
eh ada lagi dalam list, nak dating dengan girlprennnn lagi.sekejap pun jadilah, esok atau lusa please.
erm, dating dengan boipren bole? ha ha ha.
ok dah dah jangan nak sambung mengarut.
Sekian sahaja laporan untuk minggu ini (heh teringat pula macam baca laporan mingguan kat perhimpunan sekolah dulu)
okay, selamat hari Jumaat.penghulu segala hari.
:)