Thursday, July 30, 2009

happy tua day......

Nadzirah! :)

yang ke doplohdua!

:D
semalam tidur rumah nadz. datang umah dia pukul 12 malam tadi dengan kek mango yummyyy sedap sedap! :)

huh kek atas terlindung di sebalik munge. ha yang ni dekat sikit~

p/s : nadz, semoga dapat jumpa Fahrin Ahmad yang betul. hahaha

Tuesday, July 28, 2009

nyum nyum dap nye bbq ngan yang tercayang

heh gedik gila tajuk.


heheee seperti yang dijanjikan. ini diaaa~
BBQ dengan mereka-mereka yang tersayang (yeke?)
buat hari jumaat malam sabtu yang lepas, kat rumah tumpangan saya.haha :p

Sebenarnya kami beberapa orang ni saje-saje nak buat small gathering untuk smss batch 0004. Rinduuu lah katakan.
Alhamdulillah semua berjalan lancar :D


gigih start preparation dari petang lagi. terima kasih semua GFs yang datang tolong :-*


semangat je nak pasang pelita. da macam raya pulak aku rasa. hahaha


tak sabar nak raya. puasa pun belum!


Ya Allah malam tu makanan berlambak-lambak. rezeki melimpah ruah. Alhamdulillah!
ayam, hotdog ada, jagung ada, coleslaw, mashed potato kegemaran ramai ada, steamboat tomyam ada, nasi goreng hey sungguh lazat pun ada, kebab ada, cupcake chic ada, kek batik mala ada..dan lain-lain.
memang tak terhabis semuanya. Apa lagi, tapau tapauuu laaa. Ada wana si penagih makanan :p


yummmyyyy~


jagung bakar macam kat pasar malam! :D
heheee tiba-tiba teringat pula kenangan masa saya niaga jagung dulu
yellow indulgence.

wana habiskan

dah nak sama macam william.sedapppp!


laki laki


gadis tikar. zam zam alakazammm


makan-makan makanan


ex3booooodie jual yong tau foo bod :p
perasan tak warna baju...kelabu-kelabu.pink pink. itam itam. coklatmerah coklatmerah. nice one baru terperasan bila wani tegur.

*ehem* tu laa empa asyik memancing je
affan dan ex(?) hahahaha

BBC

KFC


go wira goooo! ummmmphh syahhh. haha



fuze dan HSOTN

pompuan

semua.tak ready.ha gelak gelak

ok ni proper sikit :)

banyak lagi gambar.bole tengok FB atau minta zairin atau nadz okeh.
saya pun takde semua gambar lagi :p

overall, sangat seronok!! :D
lepas makan, borak tak ingat dunia.
lepas tu kemas-kemas. dan bermalam di rumah nadz.
esoknya seharian kami tolong nadz prepare 1500 doorgift untuk wedding abangnya. dah macam kilang je rasanya :p


jutaan terima kasih kepada semua yang sudi hadir :)
dah nama pun buat jumaat malam sabtu, memang lah orang-orang jauh tak dapat datang. jadi yang dekat-dekat je dapat datang. untuk yang jauh, dan yang masih belum pulang ke malaysia, insyaAllah kita buat lagi next time ok?

terima kasih semua yang membantu.
tak lupa juga special thanks untuk family saya :D
jasamu dikenang.

Monday, July 27, 2009

diam

hah duduk lah kau diam-diam renung masa lampau. lepas tu sibuk nak fikir masa depan pulak. apa-apa pun, masa lepas semua dijadikan pengajaran.dan kenalah sentiasa bersedia menempuh segala macam cobaan yang sedang atau bakal tiba.

huh hari ini manyakkk penat. dari pagi sampai malam non-stop. many thanks to nadz fuze nadia la ye yang buat saya penat tapi sihat dan gemok. dan terasa semacam psycho lepastu teringat cerita lama lepastu tatau nak kata apa.nak tau tekalah sendiri. tapi apa-apa pun sangat enjoy tadi :D tenkiu tenkiu~ sampai je rumah, amad ajak keluar makan abc pulak.huh.ponat.

jadinya, update BBQ tertunda lah kepada post seterusnya ye.

eh anyway, melaka banjir ehhhhh??????


Sunday, July 26, 2009

bbq lagi yeayyy! :)

sedapppp kan?
\(^_^)/

cerita panjang, tunggu next update.

p/s : Amir & Diana, selamat bertunang! permulaan untuk cinta dan bahagia sampai syurga :)

Thursday, July 23, 2009

bonga


bongabongachentaku
haha.
selamat hari khamis, esok jumaat yayyy :)

ada apa dengan jumaat?
jeng jeng jengggg~
^_^


eh tapi rasanya kena postpone aktiviti rutin khamismlmjumaat ke hari yang lain :(

Monday, July 20, 2009

si kecil

senyuuuuuuuuuuuum :)

senyum itu sedekah.
senyum juga boleh jadi ubat.

Sunday, July 19, 2009

BIGFOOD

Malam semalam saya, cik abang gemok dan kong pergi makan dekat BIGFOOD dekat TTDI Jaya.
Ada siapa-siapa pernah pergi???
Tengok nama je pun BIGFOOD, jadi makanan pun BIG laaa kannn. hehehee


Makanan ada dua saiz : Regular dan BIGFOOD.
Agak-agak tak larat nak makan banyak, ambil regular je pun dah kenyang. Tapi kalau stok perut kelaparan macam tak makan sebulan, boleh laa order untuk diri sendiri semuanya saiz BIG :p
Tak pun, nak sharing-sharing pun bagus order saiz BIG. sharing is caring kan~ ;)

Apa ada? Macam-macam ada. soup ada, pasta ada,western ada, goreng-goreng pun ada,dan lain-lain. ha pilih jangan tak pilih.



Tempat dia cantik, deko cantik juga..dan selesa lah.
Semua meja penuh je dengan orang. hehe maksudnya, ramai laa yang datang.


air dah sampai!
saya order air mangga, saiz biasa. ishhh air mangga dia memang sedap dan beratttt. hihi teringat air mangga kedai buah kat melaka tu. SEDAP!
lagi satu tu air epal, big size. pun sedap!
air saiz biasa : RM3.90
air saiz besar: RM 6.90
(saya tau, memang mahal kalau nak bandingkan dengan kat Melaka. tapi, kalau ikut harga dekat area sini, ok la jugak rasanya)

Saya order Chicken Chop with blackpepper sauce, saiz biasa.
ayam besar, dan boleh tahan sedap.
RM 13.90


cik abang perut besar order Pizza Sausage Bigfood. ini saiz besar ye.
meletop perut kalau makan sorang- sorang. hahaha
RM 18


Kong pula order Sirloin Steak, saiz biasa.
semua tu dia habiskan, kecuali sayur mayur. haha
kong karnivor, sebab tu dia tak makan sayur :p
RM 17.90


ha yang pakai baju hitam tu la kong. tengah tengok gambar-gambar MU lwn M'sia.
Tenkiuu kong belanja kami! :D
dapat gaji belanja lagi tauu.hahaha >:)

insyaAllah next time, boleh la ajak orang lain pula datang sini :)
senang je nak ke sana.TTDI Jaya, Shah Alam.
kedai dia kat tepi jalan je. dekat dengan nasi lemak antarabangsa dan ani sup utara.
yang dah dekat tu, cuba lah datang~

Saturday, July 18, 2009

nia & daniel

(nyanyi ikut rentak wonderpets, ok?)
kringgg kringgggg.
telefon, telefon berbunyi
ada aunty minta tolong, ada aunty minta tolong
tolong jagakan anak-anak dia :)


kebetulan tadi saya memang free je. so bisaaa aja buk :D


kenalkan, dania dan daniel :)
ambil diorang kat SACC mall, bawa ke JJ.
dua-dua rebut nak duduk depan. hah duduk lah korang dua-dua kat depan, senang cerita :p



makan-makan pizzahut nyum nyummm. MPH. tempat toys. jalan2. dan main-main :D




suka betul diorang main-main. tak cukup dengan playground, pergi main kat arcade pula.haha

terasa happy je sepetang dengan budak-budak :D
aunty kalau nak minta tolong lagi, jangan segan siluuuuu ye :)

tengok ni, Dania lukis. dia kata ini saya. heheheheee :)


nasiblah terhibur hati tadi :) kalau tak, sangap je duduk sorang-sorang kat rumah.

eh eh ehhh anyway, tadi pergi MPH. wah wahhh dah keluar buku baru ni!
best best best!!!!!
bila nak beli ye? jangan membazir.mungkin boleh sabar sikit tunggu next version murah sket.
kan?
:)

lepasni, BIGFOOD!

Friday, July 17, 2009

pesta durian.......

bersama pemimpin kerajaan negeri Selangor!
petang tadi, di Dataran Shah Alam.

Saya jalan kaki balik dari office pun dah bauuuu durian.
Sekarang ni, saya jalan kaki je, tak naik kereta dah.tengah rajin ah konon-kononnya sambil nak exercise dan maintain slim gituuuu.susahlah kalau gemuk. nanti orang kata 'dah la pendek, gemuk pulak tu'. atau pun 'dah la gemuk, pendek pulak tu'.
ha ha haaa dah benci, saya tau mesti ada yang tengah gelak.kan? -_*

erm tapi panas la juga terkena pancaran cahaya matahari. agak-agak lepas ni saya kena bawa payung pulak ke? tak nak lah. macam cikgu mar*a la pulak :p

pagi tadi pun jalan dekat dengan rumah saya ditutup oleh polis.sebab? haa sebab kes Beng Hock tu lah. siap FRU semua pun ada.
kecoh lahh.haha.
hantu beng hock,tolong jangan berkeliaran sampai sini ye.

eh eh ehh dah lari topik asal pulak. ok ok kembali ke topik asal.durian.stay tuneee.
huhhh ramai betul yang datang.berebut-rebut semua orang.
sepatutnya, kena sediakan lebih baaaaanyak durian lagi.

habis sudahhh


ini pun habissss~

bila lori datang bawa durian, amek kauu.semua serbu rebuuuuut
tapi saya, amad n mama tak rebut langsung.kami tengok je.huahuahuaa sebab tu la tak dapat durian :p


saya dah nak balik pun masih ada yang nak datang. tak merasa la kauuu semua dah habis :p

nasib lah kami dapat rasa sikit. jadilah cukup syarat.
hehe :)

nak puas makan durian,beli je la kat kat kedai. tak pun, kat pasar ke, kat tepi jalan pun banyak :p

p/s: happyyyy birthdayyy Ucop dan Abg Shah!
semoga panjang umur murah rezeki dan cemerlang dunia akhirat.amin :D

Tuesday, July 14, 2009

sekitar smss10's...

char kuew teow pakcik BOTAK terbaekk,sedap!~
tapi, nak yang takde tauge ye plz


beli air je tapi duduk sembang gelak sampai berjam lamanya


affan makin hyper. ko makan pil kuda ke fan?


cikgu suuuuuuuuuuuuuu~


ex-kapten pendekar mula la tu gosip dengan ketua guru pendekar. korang ni tak habis-habis dari dulu :p


olololooo tomey nya diaaaa ;)
anak ketiga cikgu azlina & cikgu mad noor

smsob vs apatah-tak-ingatlah, apa ya?

ohh ini lawan SAHOCA.
mereka sangat emo dalam padang.siap gaduh-gaduh kena kad kuning, kena buang padang lagi tuuu dua-dua team.
tak sangka makin tua makin emo :p


adik-adik ready untuk final, vs SAS musuh tradisi ni.
nyanyi lagu sekolah.semangat sketttt baru boleh menang :D


mat saleh- team Bintang kot(?)


para penonton dan penyokong setia


lagi penyokong setia

oh ye jangan lupa saksikan pacak berbaju kuning berdiskusi kot di astro awani bukan wunniii ye, bulan depan ok tapi tarikh tatau :p

dan 2 orang ini adalah teman dari sekolah rendah sekolah menengah, tapi universiti tak sama la pulak kan
nasib baik tak sama U, kalau sama aduh naik bosan la asyik tengok muka korang je. hahaha


huh kerana furisa adalah terlalu hot.
HA HA HA HAHAHAHA

Buat kali ini cukup la sampai sini je dulu gambar-gambar. over pula nak lebih-lebih ye..
Mungkin ada lagi gambar bakal menyusul. hihi huhhh masih winduuuuuuu :')

****
eh kembali sekejap ke dunia intern, saya tukar tempat untuk 2 bulan ! sebab kat tempat sebelum ni tak banyak kerja, lepastu kitorang ada ramai pulak, 4 orang. so kena lah pecah 2, 2. 2 kat SRG.2 kat SAL!
heeeeeeeeeehehehehe :D
ok kali ini memang dekat gila dengan rumah. boleh la bangun lagi lambat :p
tapi kat sini banyak kerja sikit berbanding yang sebelum ini. buktinya, kami takde pun keluar minum pagi atau minum petang tadi. terus menerus je bekerja. ecewahhh.

ala tapi lepas 2 bulan kena balik ke tempat asal untuk 1 bulan lagi.
tapi takpelah dua-dua tempat pun best jugak ;)


eh eh saya baru beli durian tadi.harumnyaaaaa bau. jom makan durian!
:D

Monday, July 13, 2009

mari belajar LK

di kelas 5 Usaha :')

letak beg atas meja


buka zip..


bersedia dengan soalan


ishh macam mana ni deyy


ek eleh senang je rupanya. tu da siap! :)


Belajar LK sangat best dan cool tau. erm, Bio tak best :p

ah winduuuuu :')

Sunday, July 12, 2009

tempat jatuh lagi dikenang

Sabtu dan Ahad.

Bila balik ke tempat jatuh lagi dikenang, secara automatik muncul satu perasaan yang tak dapat saya luahkan dengan kata.Terus semua memori tak kira pahit manis masam masin datang silih berganti....

:')

tenkiu cik abg pacek bagi tag, kalau tak tak dapat nak park kereta dalam sekolah.

Sempena ragbi SMSS 10's yang ke 17.


apa gambar da nak maghrib ni :p

Jumpa dan bergelak sakan dengan kawan lama yang membesar sama...
Jumpa cikgu-cikgu yang banyak menyuap ilmu menabur jasa...
Jumpa staf yang gigih bekerja tak kira masa...
Jumpa senior dan super senior yang sekarang tak kurang hebatnya...
Jumpa junior yang dulu mungkin comel sekarang makin bergaya...
Dan yang penting sekali, balik ke sekolah yang menjadikan siapa kita...
Semua itu memang tak boleh dilupa.

:')


Jumpa cikgu-cikgu yang ada.
Ada satu cikgu ni sampai cakap : 'Ida ni dah berapa belas tahun tak jejak sekolah'
ahahahaa itu hiperbola namanya cikgu :p

heheeee ok lah sampai sini dulu la.ponat. gambar-gambar lain next post la ye ;)

p/s : kan lagi best kalau lagi ramai yang dapat datang.especially zack, wawa, zairin, ayu, chemi, ema, min, afiqah, peqah, mimi, dalila, atirah dan lain-lain banyak pulak kalau nak sebut nama semua orang :p

pemain-pemain tua ready nak nyanyi lagu sekolah :p
audience pun semua semangat waja je nyanyi sama-sama.

:')

eh nak tau tak saya sempat terbang ke Melaka sekejap pagi-pagi buta tadi untuk jumpa cik adek manja dan pergi rumah nenek buruk.nenek buruk asyik call suruh datang je.
banyak betul bekalan dia bagi tadi.ikan, rambutan, langsat,manggis,binjai,durian,baju...TQ :)
tengahari da sampai rumah semula, terus ke SMSS lagi.
:D

Friday, July 10, 2009

dubdab

yeahhh jumaat.
esok weekend!

:D

nervous pulak tunggu esok.
grrrrrrr.
dubdubdabdubdab

Thursday, July 09, 2009

buat apa?

say cheese the alien :)

tau tak apa saya buat hari ini?
ha ha ha haa haaa
rahsia :p
btw tenkiu nadz dan fuzah, penyelamat.
:D
esok selamatkan aku lagi.


p/s : get well soon~ ;)

Wednesday, July 08, 2009

bosan ah

tak tau lah apa nak jadi beberapa hari ni.....
macam sia-sia je.
harap-harap esok lebih bermakna.
hehehehe :)

heee anyway, lupa nak bagi tau.
Ahmad da balik!
yeahhhh~
:D

gambar tahun lepas.
tahun ni, dia da lain sket sampai mama pun dah tak cam :p



p/s : happy birthdayyyy zairin! :)
semoga cepat dapat kerja.hihi boleh la belanja kami yang masih student ni :p

Tuesday, July 07, 2009

h o k i

Saya tak pernah minat main hoki, dan tak pernah terbayang akan main hoki sebab masa sekolah rendah dulu, saya adalah tangan dan kaki bangku. keh keh kehh.

Tapi, masuk tingkatan 1, tiba-tiba *kak A* heret saya pergi padang. Ini bukan main-main punya heret. Memang dia tarik saya secara paksa ke padang. Daripada Tangga Bradley tu sampai lah ke Padang Oasis, dia tarik saya. Sebagai junior yang terpaksa menurut perintah, saya pun pasrah ikut je.

Sejak tu lah, saya pertama kali pegang kayu hoki dan main hoki sampai tingkatan 5.
Sampai tingkatan 5 je la.
Lepas tu memang tak main langsung dah la. Sebab tu lah makin kurus :p hah *gelaklah kuat-kuat*

Banyak juga lah kenangan main hoki ni. Yang paling tak boleh lupa, secara tak sengaja saya kena *pukul* dengan Z bukan nama sebenar. Saya tak sangka dia nak guna skill macam nak main golf pula.hahahaha. Habis bibir saya koyak,darah mengalir laju macam air. Lepas tu terus kelam-kabut cikgu bawa pergi HUKM jahit bibir. Habislah sumbing sikit bibir. jatuh saham I.duhh.kekekekee
p/s : takpe Z, aku tak minta banyak, bagi peti ais masa aku kawen nanti pun jadi lah :p

Ada lagi, saya dan ayu pernah kena kejar dengar S*nderan, coach kami. Sebabnya, kami malas nak pergi training. Lari lahhh menyorok dalam Koop. Beberapa hari lepas tu kena panggil kat bilik guru. Coach ugut, kalau tak nak main lagi, isi borang merah ke apa tah warna.saya pun tak ingat. Borang merah ke apatah warna dia tu adalah borang untuk kena buang sekolah atau berhenti sekolah.
*ngok tak logik langsung, aku tak nak main, dia nak buang sekolah pulak. kah kah kah. aku bukan terer pun sampai nak kena buang sekolah.oh mungkin sebab tak terer la nak kena buang? hahaha*
Ugut bukan main lagi ye... Saya tau yang dia tak mungkin langsung akan buat tindakan tu. haha tapi takpe, layankan aje.

Ada lagi satu yang tak boleh lupa. tapi tak boleh cerita kat sini -_-


team under 18

Pakai lah sunblock SPF berapa banyak pun, mesti semua terbakar juga macam udang bakar. hehe :p

Restoran favourite lepas main, mesti pergi Restoran Amjal. hehee kan Shera kan? :D

under 18 + under 15

Eh, apa pasal la kan tiba- tiba tercerita pasal hoki ni... bukannya apa..rinduuuuuu la pula :')
Dah berapa tahun lah tak pegang kayu hoki.

Sekarang ni kawan-kawan semua tengah rajin upload gambar masa sekolah dolu-dolu kat Facebook. Ha, gambar hoki ni pun dari Facebook lah.

Korang ni memang saje je kan buat mood rindu-rinduan.
Takpelah nasib baik insyaAllah weekend nanti pergi sekolah setelah sekian lama tak pergi.yeayyy!

oh ye ni ada teori palsu : saya pendek sebab saya main hoki. asyik terbongkok je. kalau saya main basketball mesti sekarang saya tinggi sikit :p opss dah genetik pendek tu, pendek jugak lah kan~

Friday, July 03, 2009

speda

hari ni jumaat malam!
walaupun petang tadi balik lambat, tapi takpe.
sebab esok sabtu.
weekend weekend weekend.....yeayyy \(^_^)/

kenapa suka sangat weekend ni?
ye lah. bebas nak buat apa-apa aktiviti.
kalau weekdays, malam je yang free. malam pun penat, duduk rumah je. eh tak tak. ada juga keluar malam :p


salah satu aktiviti weekend lepas~
berbasikal!
kat tempat biasa.
dah lamaaaaa ni tak naik basikal! hihi nasib baik ada orang ajak pergi.best best :D

seterusnya biarlah gambar yang sambung cerita ya :)

sekali masuk rm3.
macam-macam adaaaaaa kat sini ye. banyak taman-taman. taman haiwan. taman kaktus. taman orkid.burung-burung.padi.cendawan.rumah 4musim(yang ni nak masuk kena bayar rm3). dan lain-lain.
tak lupa juga ada paintball. skytrex. skytrex ni macam best je tau.
next time boleh la pergi try.

sewa basikal. satu jam pertama rm3 atau rm5 (ikut jenis basikal)
setiap jam seterusnya RM1.


dengan cik adek

eh abaikan kanak-kanak di belakang tu. nak berlatih kawat tu. banyak betul orang buat aktiviti kat situ.



bekalan sandwich & twister untuk breakfast :)
berhenti sekejap. duduk, makan-makan sambil menikmati keindahan alam. cewahhh~

sambung lagi berbasikal... tapi tak round cukup satu taman tu.
ada orang dah kepenatan :p hahaha


balik~ :D

next time boleh pergi lagi. siapa nak pergi, jommmmmm!
:)
heh da macam jadi duta bkt cahaya seri alam dah aku rasa ni.


ok, sampai sini dulu. nak keluar dinner dan gosip dengan girlprennn.
tatatititutuuuuu.

oh ye, esok nak ke PD.jumpa komiti acehhhh.luncheon yeay :)

p/s : happy belated birthdayy wawa & pijah! sweet 22 :)
happy birthdayyyy daniel. sweeet 8 :D

Wednesday, July 01, 2009

apa khabar?

''apa khabar buah hati nenek yang nenek sayang, yang nenek selalu rindu, terkenang-kenang selalu... cucu nenek dah makan?'' kata nenek buruk. nenek buruk baru call saya!

banyak kali betul dia call sejak saya dah tak kat melaka. rindu ar tuh.nak datang sana, jauh pulak ye....dia pun sekarang selalu balik rumah anaknya.


nenek buruk, i miss u too :')

ohh ye. enter masih rosak. jadi, saya pun guna coding html untuk ganti 'enter'. oklah nak pergi rumah nadz jap. tataaaaaa