Friday, May 29, 2009

123

.
.
.
.
.
.
@#%#^&#^*(!&~%^@+=^&@(!!(%)&#
dgdskajdihfbdsvsalaopdp;fhfuhfbencinyauhndckmvdskjemopkskasfnvlsatawwa,cjvpvisgfdcvn,a;akdscvfkv hdcxmcnvvdlklfisajiodiahdkasbcbvkaszasmlsnsakhanakjidsjfpikirghdsydbhduyhfhncvsanclksxc
.
.
.
.
.

p/s: happy birthday nadiah azli! :)

Thursday, May 28, 2009

happy 22 :)

happy birthdayyyy anis!
:D

anis ex-roommate saya selama 2 tahun.

semoga panjang umur
semoga sentiasa dimurahkan rezeki
semoga sentiasa dirahmati Allah
semoga dipermudahkan segala urusan
dan...
semoga cepat-cepat lah awak kawen :p
hehehe.

sayang awak!
muahh muahhhhx :-*


p/s : saya dah kat rumah.yeayyyy! :D
cuticuticutilalalaaa

Wednesday, May 27, 2009

cutiseminggu

Akhirnyaaaaaaa.

alhamdulillahhhhh habis semua!
:)

coticuticoticuticoticuti. walaupun seminggu je, jadi lahhh...
yeayyyy!

apa plan masa cuti?
^_^











hurm hurm hurmmmmmm ye lah cuti pun cuti jugak.
tp apesal la soalan DSP tadi senang sangat sampai nak tekan calculator pun takde perasaan.
eh bukan takde perasaan tapi banyak sangat perasaan sampai terketar-ketar :p
kah kah kah menyampah!

petang tadi lepas abis exam, saya dan alia sempat lawat nenek buruk..mungkin lepas ni dah susah nak lawat.almaklumlahhh saya bukan kat melaka nanti.

ok laa dah dah, nak kemas barang esok nak balik.
lepastu nak tidur dengan lena.sekarang dah lembek.semalam mata terbuntang tak boleh tidur.stress risau tahap dewa ke berapa juta punya pasal entah.
sabo je lahh..

nah lagu untuk hari ini :D






kepada yang belum habis exam tu, all the best la ye. teruskan berjuang hingga ke saat terakhir!
:D

Tuesday, May 26, 2009

no pork at all




hahahahahahahhahaaaahahahhahaa
lawak okayy.
habis laa tergelak banyak sangat, hilang ilmu.

ohh lagi dua paper.esok last. hoyeahhh.
gogogoooo agogo!

Monday, May 25, 2009

su!

Primadona Cik Suraya yang manis lagi ayuuu~
yang ke

Semoga sentiasa dirahmati Allah, dan cun selaluuu :D
i lebiuuuu :-*

Sunday, May 24, 2009

happy birthday! :)

hari ini hari lahir kawan saya, AH.
happy 22nd birthdayy :)

Saya rasa AH tak baca pun blog saya. Jadi boleh lah puji dia sikit. keh keh keh.
Saya agak rapat lah juga dengan dia dulu. tapi sekarang tak macam dulu.
AH kawan yang baik, sangat lah sweet dan cute.
Saya ingat lagi habis spm dulu, dia ada pos kat saya satu kad raya (tapi waktu tu bukan raya,ok).
Dalam kad of course lah bukan ucapan hari raya. ye lah dah nama pun bukan hari raya.
Ada lah ucapan dan cerita-cerita biasa, dengan tulisannya yang unik itu.
Oh ye, saya rasa saya simpan lagi kot kad tu. rasanya lahh.
Dan tak lupa juga, dia peminat no 1 Siti !

hehe.

selamat hari lahir.
semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dunia akhirat.
ameen :)

p/s : happy birthday to ain juga! semoga sentiasa dipelihara Allah :D

pop kuiz


kekekekekkeeeke
no komen.
ye, ye..saya tau nanti mesti ada orang tak puas hati kata kuiz ni penipu besar.

tapi itu tipu ok lagi, daripada saya buat lagi satu kuiz ni, katanya pasangan yang sesuai untuk saya adalah sebuah pengasah pensel.

eloo pengasah pensel???

hahahhahaa

Saturday, May 23, 2009

kura-kura,rabbit,cheetah.

ohh banyak lagi ni belum cover untuk next week punya paper.

A bukan nama sebenar ada cakap, jangan jadi macam kura-kura, jadi lah macam rabbit.
speed up level study tu.
tapi bahaya jugak kalau cik rabbit tertidur bawah pokok macam mana?

ermm saya nak jadi macam cheetah lah. boleh tak?
dia pantas. 110km/jam. wahaha sama je macam halaju kat highway ni.
sikit lagi boleh sampai rumah. lepas tu boleh lah pergi bbq kat rumah aunty yah malam nanti.

tapi malangnya, saya bukan cheetah.
jadi,byebye bbq.hi hi nota-notaku.




ohhh cepatlah rabu.habis exam, nak balik bersukaria dengan cik abg sayang, cik adek manja, cik akak emo dan semua lahhh.

p/s : cik abg alpacek gem, sungai chilling macam best kan? pergi jommmm nanti!

ha mula lahh tu... berangan dan plan nak buat apa masa cuti nanti.
tak sedar diri ada 3 paper lagi.


ada orang tu tengah angauuu au au meowww. haha siapa siapa yang angau?
hurmm siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya,kan?
hahaha siapa makan cili, cepat mengaku :p
ohh taknak mengaku xpelah.
mungkin saya yang tengah angau meowww kat cik abang busuk nun jauh di sana. hahahahaha :p

Friday, May 22, 2009

sahabat

opsss tertinggal nama nadia dan zairin. jangan merajuk ye. nak merajuk,sila merajuk kat nadz ok :P




btw, thanks A dan N yang meminjamkan telinga =)
i u twooo~
( baca : ♥ = owe)

Wednesday, May 20, 2009

nak coklat bole?

bila tengok-tengok gambar, ternampak pula gambar ni...
semua tengah kecewa.

2 minggu lepas...
hopeless dengan assignment,
tunggu lecturer kat koridor FET


***

hari ini?
bantai jawab exam paper ke 2.

habis exam je petang tadi, P ajak pergi pantai!
dengan siapa lagi?
dengan boipren. opss silap pulak.

dengan siapa lagi, mesti lah dengan 4 orang dalam gambar atas tu.
konon-konon nak dapatkan ketenangan laaa.. bukan main lagi~
dan ada gap sikit, esok takde exam. next paper Isnin nanti.

tapi, tak jadi pun lepak kat pantai.
lalu je kat pantai.
jadi lah tu.
ye laa klebang kan dah kena tambak jauhh.

kami bungkus coconut shake, lepastu makan 3 in 1 ; utk breakfast+ lunch+ dinner~
eh lupa pula dah breakfast roti bakar.

so 2 in 1 lah. lunch dan dinner.
biasa lah musim-musim exam memang camni.
kesian..


huh..
apesal rasa serabut dan tak sedap je ayat post ni. lantak lahhh.
dan..dah habis tulis, baru perasan tajuk tak sesuai langsung dengan apa yang diceritakan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

oh yaa..
saya tengah mengidam nak makan cokolat.
semalam dah beli kat kedai kahkah.
tapi sekarang dah habis

acaiberry

nahhhh acai berry!
hehhh
tiap hari tak pernah tak dapat buzz si acai berry ni kat ym.
naik bosan jadinya





beli lah acai berry ye jgn tak beli.
hahahhaaa
:p

Sunday, May 17, 2009

Selamat Pengantin Baru kembar

Sibuk-sibuk nak exam ni sempat lagi saya lari balik kejap.
sepupu saya yang kembar itu kawen serentak siang tadi.

Tahniah abg ajim dan ijam :)
[Nadzim dan Nidzam]

saya selalu confuse mana satu ajim, mana satu ijam. harap yang ni betul laa :
biru : abg ijam dan kak faie
merah : abg ajim dan kak anin

baru ku tahu kak anin ni dulu student mmu jugak! ambil tele jugak!
tapi dekat Cyberjaya la. ada siapa2 kenal dia???


Opss,perasan tak yang baju merah tu tersalah kedudukan :p
Patut lelaki duduk tempat perempuan.perempuan duduk tempat laki.
Ada sorang aunty suruh diorang betulkan tempat sebelum tepung tawar :p

Tugas saya tadi selain bagi doorgift pada tetamu, saya dan Nadia kena bagi bunga telur kepada semua yang menepung tawar. hehe


curi tulang ye kat tepi dewan :p hahahaa


merah makngah semuanya, campur biru dan putih.


flower girl yang sentiasa nak ikut saya ke mana-mana pun
best friend la katakan,kan aunty kan?
hahaha :p


.pengantin merah.
heh tak dpt pula ambil gambar dengan pengantin biru.

alhamdulillah ramai sangat datang tadi, sampai tak cukup-cukup nasi :p
kelam kabut la ajk tugas2 khas cari nasi sementara tunggu pihak catering tanak nasi.


apa-apa pun, semoga kedua-dua pasangan berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat.
ameen :)


p/s: all the best untuk semua student MMU yang bakal menghadapi peperiksaan, bermula esok!
:D

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Guru O Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979


Apresiasi tanpa noktah diucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar saya, terutamanya di tadika abim(1993-1994), Sek Kebangsaan Sungai Binjai(1995-1999), Sek Menengah Sains Selangor(2000-2004) dan juga lecturer2 di MMU Melaka (2005-sekarang)

Ucapan hari guru ini juga saya ucapkan istimewa untuk mama tersayang, seorang guru yang paling banyak mengajar saya erti hidup.

Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu blogger yang dikenali; kak NoorGie dan Cikgu Jawe.
Selamat Hari Guru diucapkan.
Guru Pembina Negara Bangsa.

Jasa kalian tak terbalas, akan sentiasa disanjung dan dihargai.

Sentuhan seorang guru mampu menyentuh kehidupan anak didiknya.
Tanpa guru, siapa lah kita...

Terima kasih cikgu.

Friday, May 15, 2009

alhamdulillahhhhh :)

Alhamdulillahhhhhhhhhhh :)

Boleh laaa senang lenang dekat je nanti. mama suruh jalan kaki je~
boleh la kurus.
yang penting takde traffic jam!
yeayyyyyy :D
boleh keluar kerja lambat-lambat :p

Saya spttnya kena lapor diri di Menara TM tapi tatau lg akan ditempatkan kat mana.Jadi, saya call En R, minta saya ditempatkan intern kat Shah Alam instead of tempat lain yg mana-mana tah mungkin dia akan letak.Dia bagi.
Alhamdulillahhhh, yeayyyyy :)
p/s : Sila jangan jeles ye maun :p

Thursday, May 14, 2009

apa lagi?

hari ini hari khamis
esok dah hari jumaat
study tak habis-habis
apa lagi? sambung la study cepat

hari ini hari khamis
lusa dah hari sabtu
study tak habis-habis
apa lagi? cepatlah buka buku

hari ini hari khamis
tulat dah hari ahad
study tak habis-habis
apa lagi? study laaaa

banyak tanya la pulak....

nadzcaiberryyyyyyy

takyah baca, ntah apa-apa..

malam semalam ada gangguan orang gila s*ks.
grrrrrrr.


petang tadi call mrs ultraman yang konon2 TTM dengan s (bkn nama sebenar). rasa nak pecah perut dengar cerita yang hahaha ntah apa2 tah. mati-mati kena tipu 9tahun lamanya. tipah tertipuuuuu cisss
hahaha dan juga dapat tau updates baru, tak kira gosip liar mahupun jinak.


lepastu, rupa-rupanya orang itu masih berdendam dengan saya.. dendam kesumat belum terlerai.
dah 4 ke(?) 5 ke(?) 6 tahun lamanya.
lama tuu. hahaha lantak kau lah.
saya pon tak ingat apa yang saya buat sampai dia bengang sangat. tapi apa-apa pun, sori lah ye.
sori naik lori. xde lori naik la ferari.kalau xde jugak, naik feri pon bolehh.
:p
gagagagaaa

dub dab dub dab...

Jantung berdegup lajuuuuuuuuuuu sangat malam tadi.
oh dub dab dub dab dub dab dub dab....
terkejut sangat okayyy. takut pun iye.
tapi boleh pula saya tak jerit ke apa ke malam tadi.
belagak cool je.cit pooodah. haha.
tapi lepastu terus terduduk kaku sebelah pijah sambil pegang solder konon-konon sebagai senjata.
hihi

apa-apa pun, thanks pijah, anisah & sabirin :)



p/s: epi bdayyy nadia.sweet 22.semoga sentiasa dipelihara Allah :)

Wednesday, May 13, 2009

mohon dipermudahkan

EEN3096 COMMUNICATIONS ELECTRONICS ~19/05/2009
ETM3086 MOBILE AND SATELLITE COMMUNICATIONS ~ 20/05/2009
ECP4196 EMBEDDED SYSTEM DESIGN ~ 25/05/2009
ETM4096 DIGITAL SIGNAL PROCESSING ~ 27/05/2009
EHM3066 ENGINEER AND SOCIETY ~ 27/05/2009


Rabbi Yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair
Rabbi zidni 'ilman warzuqni fahman


walaupun nanti cuti lepas final exam cuma seminggu lepastu intern,tp still,tak sabar nak tunggu cuti..
yahoooo ^_^
tapi... malasnya nak exam -_-

tapi..
eh tapi apa lagi?
dah dah, pergi studyyyyy~

Monday, May 11, 2009

duhhhhh~

.

takziah

Terkejut sangat bila dapat tau Mong dan keluarganya kemalangan.
dan yang paling sedih... adiknya meninggal dunia :(
Innalillahiwainnailaihirajiun~
Alfatihah.

Takziah untuk Mong sekeluarga...
Semoga diberi kekuatan, sentiasa tabah menghadapi dugaan.

Sunday, May 10, 2009

mama,engkau lah ratu hatiku..




Say Alhamdulillah..
Thank You Allah..
for my mother
:)

Selamat Hari Ibu untuk mama yang tersayang..
mama, engkaulah ratu hatiku
i love you!
:-*




p/s : selamat hari ibu juga diucapkan kepada semua ibu,mama, emak, mom, mummy,umi di seluruh dunia...

kasih sayang seorang ibu sangat istimewa dan luar biasa.

Saturday, May 09, 2009

senyum sampai telinga :)

Kalau alih cawan tu, agak- agak boleh nampak tak saya tengah senyum sampai ke telinga?

:)
:)
:)

heheheee.


Sekarang saya dah ada habit baru hampir setiap hari. apa dia? shhhht rahsia ;p



Hari ini sangat best okayyyy! :D
sekian harap maklum.
*Harap akan ada lagi hari-hari sebegini*


Anyway, abah dah keluar wad. Tapi tadi dia pitam pulak masa buat dialisis.
disebabkan dia pitam,nurse terus stopkan dialisis petang tadi, dan abah balik rumah.

Friday, May 08, 2009

kah kah kah

Malam-malam terakhir assignment kami penuh dengan tekanan, sampai ada yang timbul urat-urat tak kira di kepala, tangan mahupun kaki...
stress okay.
esok nak kena hantar tapi tak dapat-dapat lagi yang betul.

tapi,
akhirnya terhibur jugak
bila kami semua tengok semula video presentation lakonan kami untuk subjek Malaysian Studies, 2 sem yang lepas..
semua urat-urat tension pun hilang.

hahahahahaha lawak gila okayyy.
berdekah-dekah gelak.
kah kah kah kah kah kah kah kahhh~
btw, kitorang dapat fullmark utk lakonan tu dulu yayyy :D

hahahahaaa dah dah. sambung semula report assignment.
pastu tidurrrrrr mimpi yang indah-indah :)

Wednesday, May 06, 2009

lomolama

Align Center1

2

3

4

abes merah muka. haha tapi ada lagi gambar yang lagi merah macam monster :p

p/s: credit to cik fotographer :)

ada orang dah study untuk final. kita masih lagi study assembly language ni.ish ish ish

Tuesday, May 05, 2009

Laskar pelangi

Saya tak baca lagi novelnya.
Tapi dah tengok movie nya.
:)

Kehidupan susah tak menghalang keinginan untuk mereka bersekolah dan belajar.
Bayangkanlah nak pergi sekolah, jauhhh berbasikal. kena tunggu buaya masuk sungai dulu, baru boleh lalu..lalu semak samun..baru boleh sampai sekolah.

Aduhai kita ni yang mampu, cukup semuanya.. tapi belajar pun malas. ish ish ishh.
Study laaaa wei tinggal berapa hari je lagi final exam ni.
Eh assignment pun blom siap lagi. huahuahuaaa.



Antara semua watak, saya paling suka Lintang!
Lintang yang paling kiri kat gambar atas ni ;;)
Muka dia macam familiar je.

tengoklah cerita ni. best!
ni website movie tu : LASKAR PELANGI

Monday, May 04, 2009

the notebook

The Notebook.
Dah pernah tengok setahun ke dua tahun lepas.
Semalam saya tengok semula sebelum tidur.
Aduh, sedihhhhhhnyaaaa :'(

Seperti biasa saya memang suka semua Nicholas Sparks punya novel.
The Notebook ni salah satu daripadanya.

"Read this to me, and I'll come back to you."
:)

***

Tadi baru dapat tau dari mama; abah masuk wad la pula dari malam tadi. Hurm, harap semuanya ok.

Sunday, May 03, 2009

s-a-b-t-u

semalam.
siang seharian keluar.pagi teman aunty beli notebook baru. petang pun masih dengan aunty, buat *sesuatu* :p hihi

malam dinner lah pula.

kat Intekma Resort.
makanan biasa-biasa ajaaa.
yang penting dapat jumpa the cousins yang dah lama la juga tak jumpa.
bukan main bergosip lagi bila jumpa ye.
saya yang dah lama tak jumpa diorang sibuk terkial-kial catch up apa yang digosipkan.haha ciss.

Nadira, Emira, Aunty Zan, Ida


double I. sekuntum mawar merah sebuah puisi...hahahahah


ish yang baju biru tu makan memang no 1.


senior citizen :p ahaha

tenkiu uncle din.

balik, kepenatan. buat assignment pulak. bila webcam dengan N, dia kata muka saya da macam Zombi dah. haa bolehla join Zombi kampung pisang. hahaha.

weekend sibuk habiskan masa dengan family & the loved one.ecewah! poyo je bunyinya.hahaha :p
semalam dan arini pun ada wedding sepupu sebelah abah,tapi saya tak dapat la pergi.

uhuhh benci hari ni dah Ahad. sudah pulang ke Melakaaaaaaaa dengan cik adek.
tinggal 1 lagi assignment. traffic light. go go girls!



mei mei mei mei. harap Mei lebih lebih lebih baik dari April :)

Saturday, May 02, 2009

sepetang di rumah baru aunty hawa...

semalam.

pagi-shopping barang-barang mentah dan tak mentah :p
masak-masak.

lepas zuhur baru bertolak~
rumahnya belum siap 100%
tapi dah buat pre-housewarming doa selamat. hihi
nanti bila dah betul-betul siap, boleh buat skali lagi kan ;)

saya, mama dan aunty zan antara yang awal sampai. terus tolong mop-mop, lap-lap sikit2.
beli ikan freshhh baru tangkap nyum nyummmm~

nah layankan aje gambar-gambar.
gambar pun pandai bercerita kan?

borong ikan, udang, kerang freshhhhhhh~


uwaisy, abg nas, alia

gdluck aunty.teruskan, insyaAllah habis pHd dengan jayanya :D


tahlil ringkas


antara makanan yg ada : nasi lauk pauk, soto, ikan2, udang2, dan lain-lain~


uncle natar kata : dia ambil 3 je udang. cukup ke uncle? :p


farhan! dah kuwus.


pengantin baru yayyyy~


bakal pengantin baru bersimen.sian :p


adek, nia, saya :D


tuan rumah, mak usu, aunty bedah, aunty zan


x sempat ambil gambar semua orang.ni je yang tinggal sebab balik lambat. yang lain semua dah balik awal~

disebabkan kat situ masih belum ada elektrik, kami kena lah balik sebelum hari gelap.
balik lepas solat maghrib.gelap la juga.

bila dah sampai rumah... saya keluar lagi.
ehem ehem ^_^
hahaha penat tapi happy :D

arini pun tak duduk rumah.
jalan-jalan cari penat :p
dan ada makan-makan lagi~
yuhoooo.
sambung cerita nanti lah.
apa kata saya buat dulu assignment CE tu kan?
nanti Mrs Jihu marah pulak saya tak siap :p

P

weekend ini penuhhhhh dan penat.
sampaikan report CE terabai camtuuuu je.alahai.
perut pun sama.penuh dan penat.

:p

Friday, May 01, 2009

masih kuat dan gagah

kau memang da berusia dan sedikit kotor (alia suruh basuh guna clorox? ceitt)..
tapi masih kuat dan gagah.
yayyy :)
:D

hihi

dah habis bulan april.
bila tengok semula planner, bulan april la yang paling sikit tarikh special.
hurm.

sekarang dah masuk bulan May!
:D
saya suka semua dalam bulan May.... (^_^)

tapi of course lah final exam tak termasuk dalam list-suka.
ada ke orang yang suka final exam? kasi booo sket kat orang tu :p

berusia, putih tapi dah kotor sikit

saya masih perlukan kamu..
masihhhhh..
:(
:(
:(

ON please sayang.

p/s : selamat hari pekerja :)
student pon berkerja jugak kan..kerja jadi pelajar.