Guru O Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG 1979
Apresiasi tanpa noktah diucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar saya, terutamanya di tadika abim(1993-1994), Sek Kebangsaan Sungai Binjai(1995-1999), Sek Menengah Sains Selangor(2000-2004) dan juga lecturer2 di MMU Melaka (2005-sekarang)
Ucapan hari guru ini juga saya ucapkan istimewa untuk mama tersayang, seorang guru yang paling banyak mengajar saya erti hidup.
Tak lupa juga kepada cikgu-cikgu blogger yang dikenali; kak NoorGie dan Cikgu Jawe.
Selamat Hari Guru diucapkan.
Guru Pembina Negara Bangsa.
Jasa kalian tak terbalas, akan sentiasa disanjung dan dihargai.
Sentuhan seorang guru mampu menyentuh kehidupan anak didiknya.
Tanpa guru, siapa lah kita...
Terima kasih cikgu.


4 comments:
slmt hari guru ida. hehe :)
thanks ida
sajak tu dah banyak kali kak g dengar dan baca..setiap kali didengar akak mesti sebak...
slamat hari guru wahai cikgu-cikgu berdua :)
dan cikgu2 lain juga
t.kasih kakak kerana jadi anak yang sejuk mata memandang.Hadapi peperiksaan dengan tenang dan bersungguh-sungguh.
Post a Comment