Judul : Ayat-ayat Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Penerbit : Al-Risalah Product Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 510 halaman
Cetakan Ketiga (Malaysia): Mac 2007
ISBN : 9832672368
- PEMENANG PENA AWARD NOVEL TERPUJI NASIONAL 2005
- PEMENANG ANUGERAH PENGHARGAAN "THE MOST FAVOURITE BOOK" 2005
"Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir "Ateist", "Perburuan", "Pulang", "Merahnya Merah" dan "Bumi Manusia", kini tampaknya gelora itu datang dalam bentuk "Ayat-ayat Cinta" pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, novel ini menghadapkan kita kepada sekolempok mahasiswa Indonesia yang tidak saja tekun menangguk ilmu, malam berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar. "Ayat-ayat Cinta" memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara. Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib. Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa iklim dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya." -A.SamadSaid Sasterawan Negara
"Berbeza rentak dan nada dengan "Harry Potter", akhirnya "Ayat-ayat Cinta" terpilih sebagai "The Most Favourite Book..."
Majalah Muslimah
Edisi Januari 2006
"Penulis novel ini berjaya menggambarkan latar (setting) sosiobudaya Timur Tengah dengan begitu hidup tanpa perlu menggunakan istilah-istilah bahasa Arab. Bahasanya yang mengalir, perwatakan tokoh-tokohnya yang begitu kuat, dan gambaran latar yang begitu hidup, menjadikan kisah dalam novel ini terasa seolah-olah benar-benar terjadi. Ini adalah contoh novel karya penulis muda yang sangat baik!"
Ahmadun Yosi Herfanda
Sasterawan dan Redaksi Budaya Republika
"Jarang ada buku seperti ini. Saya tidak yakin akan ada novel seumpama ini daripada penulis muda Indonesia yang lain, bukan sahaja pada ketika ini bahkan pada beberapa puluh tahun di masa hadapan. Begitu menyentuh. Begitu dalam. Dan begitu dewasa!"
Mohd Fauzil Adhim
Pakar Psikologi dan Penulis Buku-buku Best Seller
"Jika Naguib Mahfuz menulis Mesir dari pandangan orang Mesir, maka Mesir kali ini ditulis dalam pandangan orang Indonesia. Novel ini ditulis oleh orang Indonesia yang betul-betul faham selok-belok negeri itu, hingga kepada perincian-perincian yang paling kecil. Ia hidup, berbaur dan berinteraksi dalam kehidupan sehari-hari; lalu menyerap roh dan pengetahuan darinya dan dituangkan dengan sepenuh hati ke dalam bentuk novel yang kaya. Ditulis dengan bahasa yang lancar, dengan tokoh-tokoh yang 'hidup' dan bersekilas pandang dalam pelbagai perwatakan. Membaca novel ini adalah seperti membuka cermin cakerawala yang terbuka..."
Joni Ariadinata
Penulis Cerpen, Redaksi Jurnal Cerpen Indonesia
saya baru habis baca buku ini malam semalam.
lps tu saya tdo,saya mimpi jumpa Fahri.
ha ha ha.
Apakah?
ishh isnin depan ada midterm test COA.
mari study~ :)
tata~


25 comments:
salam kenal..ada gak novel ni yang Lin hadiahkan kat saya..tapi tak baca2 lagi uhuhu
aku macam pernah nampak buku ni
sape punya ek
huhu br sy taw buku ni tentang apa..trimas~ :)
haha buku ni glamer dlu kat mph
aku ingat lagi susun buku ni sampai nak termuntah sbab byk sgt bos aku order..haha
to arsaili: salam kenal :) ada masa,baca la eh.
to sebol: ntah2 encik sebol ade buku ni.hehe
to mr.forrest gump : shamer2:D sblm ni ingt buku ni ttg ape?
to nZrA: ex-pekerja mph da bersuara. haha bos ko mmg memahami,order byk2.tp sian pekerja dia susun sampai nk tmuntah;p
da beli lameeee dah buku ni.tp adek saya,amad baca dulu,lps tu abes sume kwn2 dia pinjam gak, n skang ni amad spm,br la bole dpt balik n baca :D
ida~ buku ni versi indon ke..? sy ade soft copy die versi indon. nggak ade feel bace yg indon. nggak phm.. ngee~ :D dik milah pon daa abess bace buku tu... :)
ye cik jinie, buku edisi bahasa malaysia:)
ohh kamilah pon baca ek buku tu?
good good.
kamilah punya bahasa apa?
Salam Ida. salam kenal.
sy dh baca ayat2 cinta 3x khatam dh. mmg ada jiwa. nnti cubalah cari buku "bila cinta bertasbih i dan ii". kira mcm kesinabungan kpd ayat2 cinta la buku tu. pun hasil tulisan habiburrahman jgk.
anyway, sy ada adik di MMU melaka jgk. currently doing security technology :)
wslm kak sarah:)
woww 3x khatam!!
saya da ada da pun buku 'Bila Cinta Bertasbih i' tp xsempat baca lagi. tp sy blum ada yg part ii punya.
InsyaAllah nnti saya baca.
oww adek akak kat mmu melaka juga?siapa ek? skang thn bape? beta?gamma?delta?
Salam Ida.
he's doing his FYP now. so its suppose to be in beta, rite? (i still dont get used with the naming system of MMU that he told me..hehe). Nama dia Adnan Mohd Shukor. maybe kamu x kenal kot :)
wslm. hihi mmg x knal kot. ingatkan adek akak perempuan.lelaki rupanya.
kalau dekat mmu, beta tu 1st year degree. ikut turutan: beta,gamma,delta,epsilon.
ida..nak pinjam buku boleh?(mcmla xleh tanye kat luar kan..ehe)
haha bole2.
jap lg delivery sampai kat bilik awk.
xde just curious.perasan ramai reader buku ne kt bookshop.library.bustop.lrt.blog ida.:P
Ahaha.. Auntie Ida sudah jadik jiwang!
eyy neutronics, saye bukan jiwang oke. tp ada jiwa. hahahaha ;p
owh.. mcm itu kaaa :) hehe.
eh, akk mcm kenal je neutronic tu. tu kan alia's? oh, kamu misti kenal bdk comel alia tu kn? akk kenal dia. n dia kenal adik akk :) what a small world.
baca buku2 mcm ni bukan bermaskud kita jiwang kan. tp dh mmg buku2 ni bagus, so layan je la.. jom ajak ramai2 lg baca jom :)
knal sgt dgn alia tu~ :D
tp skang dia tgh praktikal.wuwuww lama da x jumpa dia.windu~
btul3.mari semua baca jom ;)
Ouh kak sarah :p ada disnie juga upenye akak ..hehehe ..
cik ida kangen sama saya ye :p saya pon sama juga ..kangen sama kamo :*
kak sarah :D itu incik neutronics la :p hehehe .. :D
Saya belum pernah baca novel yang begitu terkesan pada jiwa sepanjang hidup saya macam novel ni. Faisal Tehrani mungkin mencuih bibir tertanya apalah cinta yang ingin disampaikan dalam novel itu (saya bacanya dalam sebuah blog beliau tentang cinta). Konflik cinta yang diketengahkan mungkin biasa...tapi olahan dan penyampaiannya luar biasa. Kita bagaikan bukan membaca kehidupan Fahri, tapi hidup bersama dia. Kita merasakan cinta dalam dada bila membaca Ayat-Ayat Cinta.
Ada yang mengatakan novel ini tidak realistik. Kadang2 saya juga bosan dengan realism.
Ida, akk baru sedar yg adik kamu kisas ye? akk dulu kisas jgk. n now ada adik sdra akk tgh amik spm. so i guess that ur bro is the same age with my cousin.
alia: akk tau neutronics tu is ur mr. neutronics. that why i wrote it "alis's".. huhu
wah.. kita sume ni drpd x kenal, skrg dh jd mcm 1 big circle kn. saling berkait :)
Sungguh buku tu bukan buku aku, tapi mungkin buku adik ipar aku.
seronok pula tengok sarah shukur & Ida berkenal kenalan.
errmmm... cam menarik jer buku ni... ni yg rasa nak beli ni...
to alFaisal : btol.kdg2 bosan dgn realism.
to kak sarah: a'ah,adik saya kisas.wahh akak pun kisas. good2:) cousin akak pon kat situ?kalau spm skang,sebaya la dgn adek saya. mesti diorg kenal jugak. hahaa what a small world.
to sebol: hehee mari berknal-kenalan ;p
to palie : beli beli. menarik :)
ida~
oh~
lepas tgk post ida ttg enchanted tu~
barutahu rupa2nya ayat2 cinta tu sebuah story~
ingatkan buku yang ada quote2 pasal cintan2..
huhu
leh pinjam tak cik ida~
tapi xmau sekarang~
dah ar cerita ni pasal konflik cinta..
kang tak pasal2 aku plak ada konflik ngan study sebab terlalu jiwang~
hohhoo..
enchanted ni pun dah cukup jiwang sedangkan 2 jam je kot tayangan dia~
adeh~
oh nak pinjam leh~
cik ida enchanted?
hohho
robert yang ensem~~~
Post a Comment