Terima kasih tak terhingga kerana mengasuh, mendidik, menasihati, dan menyayangi kami tanpa jemu.
Moga Allah memerkatimu mama :)
Juga Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua cikgu di seluruh negara, terutamanya cikgu-cikgu di Taski ABIM, Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Sekolah Menengah Sains Selangor & Multimedia University.
Tanpa cikgu-cikgu semua, siapalah saya.
Sunday, May 19, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Hari-hari sayang mama!
Mama,
insan yang tidak pernah lekang curahkan didikan, kasih sayang dan pengorbanan.
Bukan sayang pada hari ibu je, tapi sayang mama setiap hari :)
Terlalu sayang.
Sayang tanpa noktah
*********
Selepas abah pergi, tak lama selepas itu, saya mendirikan rumah tangga. Mama masih dalam tempoh i'dah.Sebenarnya rasa berat hati nak tinggalkan mama duduk di rumah seorang. Abang Pik & Kak Aishah waktu itu masih belum betul-betul menetap di rumah mama. Setiap hari saya rasa nak balik rumah. Nak temankan mama, nak tidur sebelah mama macam sebelum-sebelum ini. Oh rindunya nak hidup macam sebelum kahwin. Berkepit dengan mama selalu :P
hihi.
Sehinggalah Abang Pik & Kak Aishah betul-betul menetap di rumah mama, barulah saya rasa tenang sikit. Walaupun Abang Pik & Kak Aishah bukan lah ada di rumah sepanjang waktu, tapi sekurang-kurangnya ada juga peneman di rumah, bukannya duduk seorang diri.
:)
Tapi, saya tetap masih rindu untuk hari-hari jumpa mama, pergi mana-mana bertemankan mama & tidur dengan mama.
Alangkah seronoknya kalau dapat putar balik masa, dan kita hargai setiap detik sebelum ini?

Friday, May 10, 2013
Dalam ingatan,
Terlalu banyak perkara dan peristiwa penting yang terjadi.
Terlalu banyak yang saya ingin ceritakan.
***
17 Oktober 2012
Pagi itu, mama awal lagi sudah pergi kerja. Kak Aishah masih di rumah, belum bertolak pergi kerja. Abang Pik pula on the way balik rumah dari kerja malam. Saya, kerja petang, jadi pagi tu ada di rumah. Abah? Di Wad HKL kerana buat minor operation bahagian tangannya.
Tiba-tiba saya dapat panggilan daripada nurse. Katanya abah dalam keadaan tak stabil. Tekanan darah terlalu rendah. Kena datang sekarang juga.
Saya kelam kabut telefon mama, bagitau Kak Aishah & Abg Pik. Mama terus balik rumah. Kami tunggu Abang Pik sampai rumah dan terus ke HKL. Tapi, waktu pagi...jalan mana la yang tak jem? Bertolak hampir jam 8, tiba di HKL dalam jam 9 lebih. Itu pun minta bantuan 'waze' cari jalan yang kurang sesak.
Dalam perjalanan, kami telefon hospital untuk tanya keadaan abah. Nurse kata dah nazak. Sepanjang perjalanan kami bacakan Yasin dari jauh. Semoga abah dipermudahkan.
Sampai di wad, langsir katil abah ditutup sepenuhnya. Kami selak, abah dah 'dibungkus'. Kami terdiam. Tiada siapa yang menangis. Kami redha.
Saya terus hubungi adik saya & suami saya (ketika itu tunang), bagitau yang abah dah takde. Saya minta tolong tunang waktu itu untuk bawa adik saya ke hospital. Kebetulan universiti adik saya hanya seberang jalan dengan tempat kerja tunang saya. Bagitau Ahmad yang jauh di Mesir, Ahmad terus cari tiket flight untuk balik ke Malaysia.
Nurse tanya, macam mana nak uruskan jenazah, sama ada bawa balik atau di hospital sahaja. Kami pilih untuk uruskan jenazah di hospital. Alhamdulillah semua berjalan lancar, atas bantuan petugas hospital, abang, adik, bapa mertua & suami (ketika itu tunang) mandikan jenazah dan kapankan jenazah. Selesai semua, baru bawa pulang ke rumah untuk urusan pengkebumian. Semuaaaa urusan berjalan sangat lancar, alhamdulillah segalanya dipermudahkan.
Ternyata Ahmad dan adik lah yang paling ketara sedihnya. Air mata mengalir berterusan. Ahmad, bila saya telefon, sampai dia tak boleh bercakap.
Kami yang lain, menahan sedih di dalam.
Saya, seolah-olah tak percaya, macam dalam mimpi.mimpi.mimpi.mimpi.(sedarlah ini bukan mimpi, tapi realiti)
Kami memang dah terbiasa abah masuk wad. Memang dari saya kecil, hospital macam dah jadi rumah kedua. Raya pun pernah di wad. Abah pun setiap kali ditahan di wad, mesti kata dia tengah ada kursus. Bila dah terbiasa abah masuk wad, kami pun hidup seperti biasa, datang melawat tetapi tidaklah 24jam tunggu abah di wad, lagi-lagi kali ini hanya buat minor operation, bukannya atas alasan sakit teruk.
Takde ahli keluarga yang berada di sisi abah ketika saat-saat terakhirnya. Ini sedih. Ramai juga mulut yang bertanya/berkata di belakang semasa waktu terakhir, siapa yang tunggu di hospital? Sedih untuk saya jawab, tiada ahli keluarga yang bersama abah. Apa boleh buat, ajal maut di tangan Tuhan.
Kali terakhir kami berjumpa dengan arwah abah, pada hari Ahad. Kami datang melawat. Saya bawa makanan, saya masakkan makan simple je; ikan goreng & bening sebab abah kata tak selera makan. Sukanyaaa saya tengok abah makan habis licin!
Naluri seorang isteri memang kuat. Sehari sebelum abah pergi, mama ada kata yang dia tak sedap hati, nak pergi lawat abah. Saya kata ok jom kita pergi. Tapi bila telefon abah, dia kata tak payah datang, dia okay je, sihat. Kebetulan pula hujan sangat lebat malam tu, jadi kami tak jadi lawat. Abah pun kata tak payah datang. Esok aje lah.
Rupa-rupanya, esok memang kami datang, tapi datang untuk uruskan abah yang dah pergi, pergi buat selama-lamanya.
Alfatihah untuk arwah abah, Saharun bin Samsuddin (12 Ogos 1953 - 17 Oktober 2012)
Abah seorang sayang sangat kelakar, baik hati, tak pernah marah, dan..suka makan. Abah juga seorang penyimpan, dan sedikit perahsia orangnya. Waktu saya uruskan dokumen keluar dari wad & dokumen kematian, saya perlukan IC abah. Saya punya lah tercari-cari mana IC abah, sampai turun naik wad. masih tak jumpa. Hmmm rupa-runya abah sorok dompet dan IC nya di dalam kotak biskut di dalam begnya. Abah...abah...
Sambil cari IC abah, saya ada bertanya pada nurse yang berada di sisi abah ketika saat terakhirnya. Saya ingin tahu macam mana saat-saat terakhir abah. Alhamdulillah nurse kata abah pergi dengan senang. Tekanan darah tiba-tiba makin rendah, dan abah pergi...Alhamdulillah abah tak tersiksa di saat akhir. Wajahnya juga nampak tenang dan ketika dimandikan badannya bersih macam waktu muda :)
Seminggu selepas ketiadaan abah, saya masih merasa ia mimpi. Sebab itu saya langsung tidak menangis. Jauh di sudut hati, saya masih merasakan abah masih 'ada kursus' di hospital dan akan pulang tak lama lagi. Sebulan tunggu, abah tak balik rumah juga.Kerusi yang abah selalu duduk di dapur kosong. Selalu abah duduk & baring di situ. Saya cuba terima kenyataan, tapi masih merasakan ianya mimpi. Sehinggalah saya berkahwin, barulah saya boleh terima dan sedar ianya bukan mimpi. Abah memang sudah tiada. Tinggal satu bulan lebih saja sebelum hari bahagia saya, abah dah pergi dulu. Abah tidak sempat menjadi wali saya di hari perkahwinan saya.
Alfatihah sekali lagi untuk arwah abah yang sentiasa disayangi dan dirindui.
Hilang di depan mata bukan bermaksud hilang selama-lamanya, abah tetap di hati kami :)
Jutaan terima kasih buat semua yang membantu ketika hari itu & datang ziarah & doakan kesejahteraan abah di sana.
Alfatihah sekali lagi.
Semoga sentiasa dicucuri rahmat Allah & ditempatkan di dalam golongan orang yang soleh.

Wednesday, November 28, 2012
2 hari 21 jam
Ye, tinggal 2 hari 21 jam je lagi untuk saya melangkah ke alam baru.
Masa berjalan sangat pantas. Rasa macam mimpi.cubit pipi sikit...eh, sakit. Saya tak mimpi rupanya.
Banyak sangat yang nak dikongsi di sini tapi selalu tak berkesempatan. Daripada kisah Abah kembali ke rahmatullah 17oct yang lalu, perasaan kehilangan orang yang tersayang, kepada kisah persiapan persiapan perkahwinan...hinggalah ke hari-hari terakhir bergelar Cik. Semuanya tak sempat nak dikongsi di sini.
Mungkin nanti ada kelapangan untuk saya berkongsi di sini.InsyaAllah.
Doakan semoga semua urusan dipermudahkan. Aminnnn.

Sunday, November 11, 2012
Sanah Helwah!
Buat mama yang tersayang,
Sanah Helwah!!!
10-11-12 (Cantik kan nombor ni? hihi!)
Semoga mama sentiasa hidup dalam rahmat Ilahi, sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa dipermudahkan segala urusan, sentiasa sihat walafiat, sentiasa tabah hadapi cabaran yang mendatang dan sentiasa bahagia sampai syurga :)
Kakak sayang sangat mama, sayang yang tiada noktah.
Tuesday, October 02, 2012
Eh, dah Oktober?
Cubit sikit pipi! Ok betul, tak tipu... Sekarang dah masuk bulan Oktober.
Bermaksud ada 2 bulan lagi sebelum hari yang dinanti :)
Orang banyak tanya, dah siap preparation?
Dah berapa percent?
Apa lagi yang belum tempah?
dan lain-lain lagi..
Personally, saya sendiri tak tau nak kata berapa percent dah siap preparation ni.
Rasa macam so far so good. (kot?walaupunnn banyak je lagi dalam list yang belum di slash)
Cuma biasa laaa, saya mesti ada list benda nak DIY. Saya kan suka DIY. Tapi sekarang ni masih dok sibuk buat guestbook la itu la ini laa untuk wedding orang, sampai tak terfikir/ tak terbuat untuk wedding sendiri. uhuk uhukk :P
Tapi takpe, saya nak make sure by October ni semuaaa tempahan customer akan disiapkan. Kemudian tutup kedai, hehehee... concentrate untuk diri sendiri pula :)
Hmmm by the way, sekarang ni saya masih terfikir-fikir nak buat wedding theme apa ye nanti?
hahahaha sampai sekarang tak boleh pilih sebab saya suka macam-macam sampai rambang mata.
Tapi yang penting, apa yang saya suka tu mesti unik, sweet dan simple :)
Saya tak tau kenapa, saya bukan jenis orang yang mengikut trend.
Tapi saya suka sesuatu yang lain dari yang lain =)

Monday, September 24, 2012
P4,N5,T8
Saya tak tau kenapa, saya selalu tertukar huruf P dengan 4, N dengan 5, dan T dengan 8.
Pelik.
Pelik.
Friday, September 21, 2012
Jari menaip pantas sebelum diulit mimpi, :p
Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.
1)Nak pindah kerja dekat sikit dengan cik abg...da dapat da..interview pun berjaya. Tapi, bila Allah kata belum sampai masanya, atau itu bukan yang terbaik untuk saya.. saya terima tapi takkan putus asa untuk mencuba lagi kalau ada peluang :)
2) Bila pada asalnya hati dah gembira nak ke tempat baru, prestasi kerja pun merudum. Biasalah..hati dah kat tempat lain kan..Dannnn bila tau tiba-tiba takde rezeki, lagi laaah menjadi-jadi penyakit M tu. Sekarang ni masih mencari semangat yang hilang tu.mungkin dengan cara, Kita fikir kerja ini sebagai ibadah?
3) Saya dapat tau saya A****a. no wonder terasa simtom2 sebelum ni tapi buat dekkkk je. Jadi bila da tau ni, kena jaga makan.Jaga diri. Misi sebelum bulan 12 mesti kena at least 11.Doakan saya.
4) Persiapan kahwin masih belum selesai. Sekarang ni tengah fikir nak bagi doorgift apa ya?
5) Esok saya kerja pagi, tapi ni apa cite pukul 2.48am pun belum tidur ni???? Ok selamat malam!
P/s: Kalau apa yang kita rancang/impikan tak menjadi, jangan terlalu sedih. Ingatlah....Kita merancang dengan cita-cita, tapi Tuhan merancang dengan cintaNya :)

Friday, September 07, 2012
Tuesday, September 04, 2012
Raya merah sedondon
Selamat Hari Rayaaaaa Aidilfitri dari kami sekeluarga :)
Raya tahun ni tambah seorang lagi ahli keluarga baru, Kak Aishah. yeayyy :)
Tapi gambar family still tak complete sebab ahmad tak balik beraya tahun ni. Siannnn, takpelah sekali sekala beraya di perantauan kan? hehehe ^^
Yup, baju kitorang satu family sedondon merah, ala recycle baju kenduri kawen abang saya haritu. Bak kata uncle megat, pakai merah nanti sama-sama kena kejar lembu.
Raya tahun ini masih sama dengan tahun-tahun sebelumnya. Kami masak lontong, dan semua makanan raya tu. yummy yummyyyyy sedap okay! Cuma mungkin insyaAllah tahun ni raya yang terakhir single mingle. Tahun depan insyaAllah mungkin kena one two jus atau osom kot untuk tau pagi raya beraya di rumah family yang mana satu :P
Dan malam raya tahun ni berbeza sikit sebab saya ada peneman comel, Nia yang sudi tidur rumah saya. Semangat saya pegi ambil Nia dekat rumah dia nun di Bangi sana sehari sebelum raya :)
Macam biasa, pagi raya sembahyang raya, makan-makan, bermaaf-maafan, ziarah saudara mara, atok nenek sedara dan jiran-jiran.
Tahun ni saya dapat cuti sampai raya ketiga. Raya keempat masuk kerja, dan raya keempat abah masuk wad di HKL. Memang tak sah kalau tak beraya di hospital ya? Tapi takpelah nak buat macam mana kan...Bersabar je laaaa.
Sekarang mesti masih ramai lagi dalam mood beraya, tak lupa juga sekarang ni dah mula musim kawen. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin semua.
Buat kengkawan yang baru melangsungkan perkahwinan dan yang bakal melangsungkan perkahwinan (Duang,Izati, Mong, Yasmin, Aisar, Ato', Hidayu, dan Shera Aida) selamat pengantin baru saya ucapkan! Semoga berbahagia sampai syurga! Amin..
Thursday, August 30, 2012
blogging
Tiba-tiba rindu berblog.
Hmmmmmm
Tapi sekarang dah lewat malam, eh ke dah awal pagi? :P
Esok pepagi kena hantar abah pegi hospital dan banyak urusan esok sebelum pergi kerja.
So kena masuk tidur dulu kot?
Sambung esoklahhh...
baibai~

Monday, August 06, 2012
Friday, July 27, 2012
Testing..Salam Ramadhan :)
Sedar tak sedar da hampir seminggu ramadhan!
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna.
InsyaAllah ramadhan terakhir sebagai 'single' but not available (^_^)
Oh ye yeayy lps ni bole la update blog selalu tanpa buka laptop :D
Tak lama lagi sahur.kbye!
Monday, June 11, 2012
Monday, June 04, 2012
Apa nak jadi
Haritu baru je terhilangkan road tax.
Sekarang ni, terhilangkan passport pulakkkkkkkkkkkkk!!
Duhhhhhhh~
Padahal lagi berapa hari saja nak terbang :(
Doakan urusan saya di imigresen esok berjalan lancar ok?
Kalau tak, RM saya melayang begitu saja... errr minta jauhhhhlaaaa :(
Bila fikiran dah serabut, banyak sangat benda nak difikir.
Semua benda pun nak hilang.
Kesimpulannya, saya perlukan rehat.

Subscribe to:
Posts (Atom)